Tentang Kami

The Sazali’s Catering menyediakan katering untuk majlis perkahwinan, aqiqah, korporat dan acara khas. Sajian lazat, servis profesional & harga berpatutan.

Pengasas The Sazali’s

Sazali Bin Bijan

Pengasas asal kepada perniagaan ini, Encik Sazali Bin Bijan ialah individu yang memulakan legasi perniagaan keluarga dalam bidang makanan dan katering.

Dengan pengalaman dan semangat keusahawanan yang mendalam, beliau telah membina asas kukuh yang kini diteruskan oleh generasi seterusnya. Nilainilai kerja keras, kejujuran dan kecintaan terhadap masakan Melayu menjadi inspirasi utama kepada hala tuju syarikat hari ini.

5
Tukang Masak
80
Jenis Menu
30
Tahun Pengalaman
20K
Pelanggan

Mengapa Pilih Kami?

Kami Sajikan Lebih Dari Sekadar Makanan. Hidangan Dari Hati, Untuk Majlis Anda!

Makanan Halal & Bersih

Kami komited menyediakan makanan yang 100% halal, menggunakan bahan mentah yang disahkan halal dan disediakan dalam persekitaran yang bersih.

Restoran Milik Sendiri

Dengan premis tetap yang lengkap, kami dapat menguruskan tempahan serta penyediaan makanan dengan lebih teratur dan efisien.

Keupayaan & Pengalaman

Kami mempunyai pasukan berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis majlis, daripada acara kecil hingga ke majlis berskala besar.

Komitmen Penuh

Kami komited untuk memastikan setiap majlis berjalan lancar dengan memberi perhatian kepada setiap perincian demi kepuasan pelanggan.

Makanan Berkualiti

Setiap hidangan disediakan menggunakan bahan-bahan segar dengan resipi yang terbukti lazat dan digemari ramai.

Harga Berpatutan

Kami menawarkan pakej katering yang fleksibel dan berpatutan tanpa mengorbankan rasa dan kualiti. Sesuai untuk pelbagai bajet dan jenis majlis.

Pengarah Urusan

Mohamad Zulkifli Bin Ismail

Pengarah Urusan syarikat ini, En. Zulkifli mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan dan pengurusan majlis. Dengan semangat keusahawanan yang tinggi dan minat mendalam dalam dunia kulinari, beliau sentiasa memastikan setiap aspek perkhidmatan memenuhi piawaian terbaik dan menyumbang kepada kepuasan pelanggan.

Kami percaya bahawa setiap majlis, sama ada kecil atau besar, memerlukan sentuhan yang istimewa untuk menjadikannya berjaya dan bermakna. Dengan pengalaman dalam industri makanan dan katering, kami bukan sahaja menyediakan hidangan yang lazat, tetapi juga memastikan perkhidmatan kami memenuhi jangkaan pelanggan dari semua lapisan masyarakat. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dari segi kualiti, layanan, dan pengurusan acara.

Crew The Sazali’s

Kami bukan sekadar pasukan kerja, kami satu keluarga yang berkongsi minat dalam menyediakan makanan yang sedap dan servis yang ikhlas.

Noor Saeidah Bt Sazali

Ketua Chef / Penyelia Dapur

Mohamad Zulfadli B Sjshamsudin

Penyelaras Acara

Siti Amieza Suraya Bt Sazali

Kewangan & Pentadbiran

Apa Kata Pelanggan Kami?

Makanan sedap, presentation cantik, servis sangat teratur! Ramai tetamu puji hidangan masa majlis kahwin kami. Terima kasih banyak, memang puas hati!

Aina & Faris, Shah Alam

Kami guna servis katering ni untuk event pejabat — makanan sampai tepat masa, portion cukup, dan semua staf mesra! Definitely akan repeat lagi untuk event seterusnya.

Encik Zulkifli, HR Manager, Kuala Lumpur

Dari tempahan sampai ke hari majlis, semuanya mudah & lancar. Nasi beriani padu, lauk pun sedap! Terima kasih kerana memeriahkan majlis aqiqah anak kami.

Puan Liyana, Bangi