Catering The Sazali’s Sentiasa Menjadi Pilihan Pertama!

Pengasas The Sazali’s
Sazali Bin Bijan
Pengasas asal kepada perniagaan ini, Encik Sazali Bin Bijan ialah individu yang memulakan legasi perniagaan keluarga dalam bidang makanan dan katering.
Dengan pengalaman dan semangat keusahawanan yang mendalam, beliau telah membina asas kukuh yang kini diteruskan oleh generasi seterusnya. Nilainilai kerja keras, kejujuran dan kecintaan terhadap masakan Melayu menjadi inspirasi utama kepada hala tuju syarikat hari ini.
Tukang Masak
Tahun Pengalaman
Pelanggan
Mengapa Pilih Kami?
Kami Sajikan Lebih Dari Sekadar Makanan. Hidangan Dari Hati, Untuk Majlis Anda!
Makanan Halal & Bersih
Kami komited menyediakan makanan yang 100% halal, menggunakan bahan mentah yang disahkan halal dan disediakan dalam persekitaran yang bersih.
Restoran Milik Sendiri
Dengan premis tetap yang lengkap, kami dapat menguruskan tempahan serta penyediaan makanan dengan lebih teratur dan efisien.
Keupayaan & Pengalaman
Kami mempunyai pasukan berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai jenis majlis, daripada acara kecil hingga ke majlis berskala besar.
Komitmen Penuh
Kami komited untuk memastikan setiap majlis berjalan lancar dengan memberi perhatian kepada setiap perincian demi kepuasan pelanggan.
Makanan Berkualiti
Setiap hidangan disediakan menggunakan bahan-bahan segar dengan resipi yang terbukti lazat dan digemari ramai.
Harga Berpatutan
Kami menawarkan pakej katering yang fleksibel dan berpatutan tanpa mengorbankan rasa dan kualiti. Sesuai untuk pelbagai bajet dan jenis majlis.

Pengarah Urusan
Mohamad Zulkifli Bin Ismail
Pengarah Urusan syarikat ini, En. Zulkifli mempunyai pengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan dan pengurusan majlis. Dengan semangat keusahawanan yang tinggi dan minat mendalam dalam dunia kulinari, beliau sentiasa memastikan setiap aspek perkhidmatan memenuhi piawaian terbaik dan menyumbang kepada kepuasan pelanggan.
Kami percaya bahawa setiap majlis, sama ada kecil atau besar, memerlukan sentuhan yang istimewa untuk menjadikannya berjaya dan bermakna. Dengan pengalaman dalam industri makanan dan katering, kami bukan sahaja menyediakan hidangan yang lazat, tetapi juga memastikan perkhidmatan kami memenuhi jangkaan pelanggan dari semua lapisan masyarakat. Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik dari segi kualiti, layanan, dan pengurusan acara.
Crew The Sazali’s
Kami bukan sekadar pasukan kerja, kami satu keluarga yang berkongsi minat dalam menyediakan makanan yang sedap dan servis yang ikhlas.

Noor Saeidah Bt Sazali
Ketua Chef / Penyelia Dapur

Mohamad Zulfadli B Sjshamsudin
Penyelaras Acara

Siti Amieza Suraya Bt Sazali
Kewangan & Pentadbiran